Wednesday, June 22, 2011

Sokong Bangkang Sayang

Dalam dunia ni ada tak benda yang sempurna? Pasti ada cacat cela di mana-mana kan?

Semua orang ada pendapat, semua orang ada otak dan akal. Kita berbeza, takkan ada yang sama sepenuhnya. Nama saya Siti Habibah. Nama awak Seth Tan.. Erkkk...haha..mengarut pulak!

Apabila kita sayang seseorang, adakah kita langsung tidak boleh mengkritik atau membangkang orang tersebut? Ada peribahasa berbunyi, 'Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan; sayangkan anak, tangan-tangankan'. Sayang itu ada caranya, ada had nya.

Sesetengah daripada kita mudah melatah. Apatah lagi kalau dicuit, dikritik, dll. Mulalah berfikiran negatif. Dalam kepala otak ramai orang sekarang ni, kritik dan bangkang itu selalu negatif.

"Kalau kau cakap kerajaan negeri ni salah, apa kata kau tukar negeri lain? Dah kau cakap pentadbiran negeri ni tak bagus kan?!" Ha...dalam situasi politik dan seumpamanya mesti pernah dengar dialog seumpama ini, kan. Kita tak boleh kritik benda salah? Kalau salah pun kita diam je, sebab itu kan negeri kita. Macam tu? Ok. Saya bagi contoh lagi mudah.

"Sayang rasa kan, darling tak patut buat macam tu. Tu salah. Darling kena lah buat macam ni." Ha...kalau dalam isu macam ni, kita patut cerai la ya? Sebab berbeza pendapat. Kan?

Owh. Tidak! Tidak! Tolonglah jangan berfikiran sebegini. Asal sahaja berbeza pendapat atau asal sahaja dikritik itu tanda tak sayang, tanda benci. Pemikiran zaman kuno la macam tu. Contoh situasi lain, bila kita dah kerja bawah seseorang majikan tu, kita mesti angguk je, jangan geleng. Habis tu kalau salah, takkan nak angguk jugak kan? Kalau geleng kenapa? Geleng kena lempang? Please... Jangan taksub tak bertempat!

Sebab sayanglah kita mengkritik, agar yang salah diperbaiki. Sebab sayanglah kita memberi pendapat, semoga pendapat itu bermanfaat. Tapi ingat membangkang dan mengkritik pun ada caranya! Saya sangat anti orang yang cuma pandai kritik, tapi tak bagi cadangan penyelesaian. Kerjanya membangkang 24jam! Dan lebih parah lagi, kalau membangkang dengan keluarkan kata-kata kesat.

"Aku tak setuju kau buat macam tu, p*****k!" "Aku benci betul dengan pegawai tu, macam a****g! Dah la b***h, tak pandai buat kerja, makan gaji buta, bla bla bla.." Excuse me, bro! Kalau marah pun, tak payah maki kot! Nak bagitau tak setuju pun, bagitau elok-elok. Ni dah kau marah-marah, pastu nak orang dengar pulak bahasa kesat tu? Memang tak la. Memang patut kena lempang kalau mulut macam longkang. Erkkk...terlebih emosi lah pulak! Aiyoo, saya memang tak gemar la orang yang suka maki-maki ni. ;)

So, ingat ya, sokong tak bermaksud mesti angguk setiap masa, bangkang tak bermaksud mesti mengkritik setiap masa. Sayang tak bermaksud mesti setuju sahaja. Bantah bukan tanda tak suka. Dan ingat! Kurang ajar biarlah berbudi bahasa!

Peace! ^_*

4 comments:

ahmad syafiq said...

betul, betul, betul .... hee... =)

Miss Bieb said...

Ahmad Syafiq > Hehe..tq! ^_^

Kertas Warna Ku said...

mmg macam2x ragam stiap yang ada pada manusia..

Miss Bieb said...

Kertas warna ku > Yep! Sebab tu kita kena saling bertolak ansur. Sebab masing2 ada klbhn dan klmhn. :)