Tuesday, September 27, 2011

Ego dan emosi

Kita selalu menanam impian, memasang angan dan ada ketika angan dan impian hanya di awangan. Kenapa? Kerana ego dan emosi.

Ramai orang mahu bahagia. Ramai orang mahu tenang gembira. Tetapi tidak ramai orang mahu menahan ego dan emosi agar tidak menghancurkan kebahagiaan dan kegembiraan.

Kita sering tewas dengan emosi. Seringkali bahagia itu seolah jauh dari gapaian. Tapi, siapa sebenarnya yang mencipta jarak dan jeda? Saya. Anda. Kita semua yang menciptanya. Bahagia itu tak pernah jauh, melainkan kita yang membuangnya. Dan seperti selalunya, manusia seringkali menyesal hanya selepas kehilangan.

Mengawal emosi dan membuang ego, bukan satu perkara mudah. Sukar. Tapi apa pilihan yang kita ada? Selain melakukannya jika benar ingin tenang bahagia.

Sekali ini, mungkin saya perlu berubah. Mengawal emosi dan membuang ego jauh dari diri. Bukan untuk sesiapa, melainkan untuk saya juga. Anda, anda, dan anda, bersediakah untuk meleburkan segala ego yang ada? Atau lebih rela membiar duka amarah bermaharajalela? Jawablah dengan akal dan hati. Bukan dipandu ego dan emosi.

*Semalam saya berharap saya cuma bermimpi ngeri, tetapi saat terjaga, ternyata semuanya realiti, semuanya sudah terjadi. Duga apakah ini? 

Tuhan, tolonglah berikan aku tabah.

No comments: