Tuesday, July 26, 2011

Brand-brand lahhh!

"Wei, jom gi makan nasi lemak! Lapar laaa!"

"Sori, derrr! Aku tak layan nasi lemak! Tekak tak boleh terima. Aku layan western food je!"
_________________________________________________
"Temankan aku gi pasar malam. Minggu lepas aku usha baju! Lawa siot!"

"Erkkk...ala, aku tak boleh pakai baju murah-murah ni. Alergik!"
_________________________________________________

Pernah alami tak situasi ni? Atau bertemu spesies ini? Atau mungkin anda sendiri tergolong dalam situasi ni? Kalau ya, I'm sorry! ;D

Bukan saya nak memburukkan sesiapa. Tapi apa faedahnya kita 'berlagak' sedemikian?

Saya pernah bertemu dengan insan-insan yang tergolong dalam spesies sebegini. Dalam hati terdetik juga rasa kasihan. Kenapa? Sebab pada saya, sebenarnya dia tidak menikmati hidup ini dengan sepenuhnya.

Apa salahnya makan nasi lemak, berbanding spaghetti? Kalau kira kolesterol banyak, makanan barat pun sangatttttt banyak kolesterol.

Apa salahnya pakai baju murah? Kalau baju tu lawa dan selesa. Even my mum pun pernah bawak adik lelaki saya pergi bundle tau! Ada mak saya kesah? Haha... Yang penting kita tau pilih. Jangan main rembat sebarangan. Apa kes orang nak cakap alergik atau geli? Tak pernah lagi orang mati sebab pakai baju murah.
Dengan baju takda brand pun kita boleh bergaya ikut suka hati! ;)
Saya sangat menikmati hidup. Macam mana nak cakap ya? Saya suka merasai pelbagai pengalaman dan perkara termasuklah dalam membeli barang dan lain-lain (kecuali bab-bab ekstrim, seperti aktiviti lasak atau makan makanan eksotik..hehe). Start dari yang biasa-biasa sampailah kepada yang mahal gila, semua saya layan. Saya pernah beli baju semurah RM5 sehingga semahal ratusan ringgit. Saya pernah makan kuih semurah 20sen di tepi jalan dan makan makanan di hotel berbintang-bintang. So, apa ada hal kalau beli baju murah-murah  atau makan di gerai tepi jalan. Kannnn??? Saya hidup sihat walafiat lagi kot sampai sekarang.

Saya tak anti pun dengan golongan yang terlalu memilih jenama atau minah brand/mat brand ni. Hidup masing-masing, kannn. Cuma, tak perlulah statekan baju tu harga berapa juta untuk semua orang tahu. Atau kecoh tak boleh hidup kalau tak lepak Starbuck! Kalau lepak kedai mamak pulak, tak boleh tidur malam sebab mimpi ngeri. Dan jangan pandang rendah pada orang yang pakai baju cap ayam, atau makan di tepi jalan. Entah-entah poket dia lebih berisi daripada kita. Sebab dia pandai berbelanja dengan berhemah. ^_~

All my dearest friend, jangan risaulah. Kalau kita pakai baju/ seluar cap ayam, martabat kita tak terjejas pun. Kalau kita makan di gerai biasa, harga diri kita tak jatuh. Jangan risau tau! Tau! Tau! Hehe...*Peace! ^_^
Ada apa dengan brand? :p

9 comments:

ahmad syafiq said...

yup btol3.. =)

Miss Bieb said...

Ahmad Syafiq > Tq! Tq! Tq! Haha.. ^_^

nasyrun said...

at last, i dapat juga beli kasut ni. 500 ringgit ni tau [sambil menunjuk gamba kasut yang tersebut di fb dan dilike oleh berpuluh2 orang yang bebal]

sekian
peace lagi hehe

Miss Bieb said...

Nasyrun > Haha..you jgn xtau, i sanggup berlapar untuk beli kasut ni. I tak boleh pakai kasut murah, nanti kaki I melecet! *Nada sinis! Haha. *Peace jugak! :P

nasyrun said...

i akan Like berkali2 status u yang ini, comel

haha

nasyrun said...

nasi lemak adalah jauh lagi best dari spageti

Miss Bieb said...

Nasyrun > Betul3...Btw, tq! ^_^

nasyrun said...

sama :)

Fadzil topaN said...

aku dibesarkan dgn baju2 bundle dan makan nasi lauk ikan kering.. steady