Monday, October 31, 2011

Fokus. Bukan syok sendiri!

"Aku nak jadi best student! Anugerah dekan setiap semester!"
"Aku pun nak jadi pemimpin pelajar! Ketua kepada ramai orang!"
"Aku pun nak jadi pemidato terbaik! Menang! Menang! Menang!"
"Aku pun nak jadi join Kelab Cinta Warisan! Menari! Best!"
"Lagi...aku nak jadi sukarelawan untuk program kemanusiaan. Setiap minggu pergi buat aktiviti amal! Dapat ramai kawan!!"

Helloooooooo! Semua awak nak join! Semua awak nak bolot! Tapi mampukah? Pernah dengar tak istilah tamak? Tamak biar bertempat. Kadangkala saya pun kategori tamak. Saya tamakkan A dalam setiap subjek! Saya tamakkan ilmu dalam bidang yang saya minati. Persoalannya, adakah tamak itu bertempat? Adakah ketamakan itu mengganggu fokus kita?

Tidak ramai orang mahu akur pada formula untuk berjaya. FOKUS! Akuilah setiap manusia ada kemampuan/kelebihan/had/batasan. Benar, seboleh-bolehnya kita mahu berjaya dalam semua perkara! Hebat berbanding orang lain. Tapi, perlu ada fokus. Kita tidak boleh mendapat semua perkara dalam satu masa. Pasti ada kos lepas atau keinginan yang tertangguh. Maka, tetapkan fokus utama! Dan letakkan sepenuh usaha dan tumpuan kepada fokus itu.

Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Tetapkan fokus kita! Pilih keutamaan diri! Belajar itu kewajipan. Kemudian pilihlah mana-mana aktiviti yang menjadi keutamaan dan kita mempunyai kebolehan yang 'extra' atau 'hebat' dalam bidang itu. Asah kemahiran bersungguh-sungguh. Dalam masa yang sama fokus pada matlamat untuk bergelar pelajar cemerlang, insyaALLAH, kita akan menggenggam kejayaan. (^_____^)

Bukannya tamak pergi pulun semua benda, tapi satu pun tak menjadi. Study, cukup makan. Bidang A, tiada pencapaian. Bidang B, sekadar melibatkan diri. Bidang C, ala kadar. Bidang D, sederhana. Dan pelbagai bidang lagi. Semuanya kita 'sibukkan diri', tapi yang mana satu benar-benar boleh dibanggakan? Tepuk dada, tanya minda. (^^,)

Mari fokus! Berusahalah! :)
Cuba teliti semula, kenapa kita memilih untuk turut serta dalam sesuatu bidang atau perkara? Minat? Sasaran? Populariti? Ikut kawan? Atau apa? Pilihan kita sebenarnya yang akan menentukan sejauh mana pencapaian kita. Selain kesungguhan kita juga. Biar kita cuma terlibat dalam satu, dua bidang (belajar dan menari umpamanya) tapi kita 'super hebat' dalam kedua-dua bidang itu. Itu baru dinamakan berjaya! Bukannya melibatkan diri dalam 12 bidang itu yang dinamakan berjaya! Ini bukan tentang kuantiti, tapi kualiti. Ini bukan tentang keseronokan, tapi 'kegilaan' mengejar kejayaan! Dan 'kegilaan' itu memerlukan fokus yang sepenuhnya. Bukannya cukup sekadar terlibat dan menyumbang tenaga. Itu tidak cukup. Pedulikan apa orang lain mahu enjoykan, mahu terlibat dan terkejar-kejar dalam 33 bidang atau apa sekalipun, pedulikan mereka! Yang penting diri kita! Fokus kita!

Fikir semula, adakah 'ketamakan' kita sekarang ini, kena pada tempatnya? Atau cuma membuang masa? Atau syok sendiri? Di mana peluang kejayaan kita sebenarnya? Tumpukanlah kudrat dan minda pada tempat yang sepatutnya!

Mari 'gila'; 'gila' untuk berjayaaaaaa!!! (^__~)

2 comments: