Sunday, June 24, 2012

Kawan lelaki

"Woit! Si Dot dot tu boyfriend kau ek?"

"Weh! Si Dot dot admire kau ke? Selalu je korang bersembang sesama."

Seorang perempuan yang berkawan dengan lelaki yang lain, sering ditafsirkan dengan pandangan yang pelbagai. Dikaitkan dengan hubungan hati, itu sering terjadi.

Semasa saya di universiti (pengajian ijazah pertama) saya dahulu, saya sering mengisi masa terluang dengan memenuhi pelawaan kawan-kawan untuk hangout bersama.

Gapor, Miejiy dan Kaza ; antara sahabat baik saya di universiti. Sbnrnya ada ramai lg, tp xtau gmbr letak mn. Hukhuk.
Lepak di kafe kolej, lepak di restoran, lepak di kedai mamak, lepak di kampus. Bercerita itu ini. Gelak huhahuha. Syok!

Cuma, apabila berkawan dengan lelaki, sebagai perempuan, kita mesti menjadi seorang yang 'memilih'. Bukan memilih harta. Tetapi memilih 'kelompok', 'life style' dan keperibadian kawan lelaki kita. Memang kita cuma berkawan, bukan hendak menjadikan mereka sebagai kekasih. Tetapi bab memilih kawan kadang-kala perlu. Apatah lagi yang berlainan jantina.

Kawan-kawan lelaki saya di universiti (pengajian ijazah pertama) saya dulu, memang superb! Semua baik, high class (dr segi akademik dan kelakuan), berbudi (dr segi agama dan adab). Semasa senang atau susah, mereka sangat ringan tulang membantu. Nyatakan apa sahaja! Angkat beg balik kg? Temankan tunggu bas? Temankan makan (semasa kawan-kawan perempuan sibuk)? Temankan ke pekan? Belikan barang? You name it! Tanpa banyak kerenah, mereka pasti sedia menghulurkan bantuan! Saya sukaaa berkawan dengan mereka!
Awangku; cikgu Geografi yg sgt bersemangat! Dia juga kawan yg baik! :)
Bukan hanya kawan-kawan lelaki di universiti, di sekolah dulu pun sama. Cuma, zaman pengajian di universiti berbeza sebab kita rapat macam keluarga. Apatah lagi kita berjauhan dengan keluarga. Jadi, merekalah sahabat merangkap saudara kita!
Roslan Daud! Penuh semangat dan tabah orangnya! Kawan yang sangat-sangat baik! :')
Jadi, adik-adik (atau kakak-kakak), tak salah kita berkawan dengan lelaki. Asalkan kita tahu batasan. Dan apabila kita sudah mempunyai teman istimewa (tunang atau suami), hadkan lah perhubungan dgn kawan berlainan jantina itu. Sebab ketika itu tanggungjawab kita adalah menjaga hati pasangan. Memori atau zaman huhahuha bersama kawan-kawan tu memang satu fasa yang sudah berlalu, tetapi jangan putuskan silaturrahim. Bersahabatlah selamanya! (^__^)

No comments: