Wednesday, July 25, 2012

Apapun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti

Bukan semua mimpi boleh menjadi realiti.

Kadang kita termimpi putera raja, namun yang datang hanyalah pemuda biasa.

Hidup ini bukan semua terjangkau oleh minda manusia. Kita merencana pelbagai. Tapi belum tentu semuanya menjadi seperti yang diimpi.

Manusia, belajarlah menerima takdir. Ketentuan itu manis apabila kita redha mendepani setiap yang terjadi.

Sakit itu barangkali datang, tapi takdir takkan dapat dihalang. Hatta duit yang sudah digenggam boleh hilang sekelip mata, andai takdir menulisnya sedemikian rupa.

Meratapi dan menyesali takkan mengubah apapun yang terjadi. Tapi mungkin ratapan dan kesalan itu boleh menjadi pengajaran. Menangislah semahu mana, dan sesudah itu, senyumlah! Berhenti menangis, dan teruskan melangkah. Hari esok tak siapa yang tahu.

Hidup ini indah. Jangan dibazir dengan keluh kesah!

No comments: