Tuesday, February 9, 2010

Gula-gula yang manis

"Cikgu, hari ini hari jadi saya, ambillah gula-gula ini"

Saya terharu. Ya. Semalam semasa masuk ke kelas 2A, Shatish ada memaklumkan kepada saya tentang hari jadinya.

Hari ini, semasa khusyuk melakukan kerja di bilik guru, tiba-tiba Shatish berdiri di sebelah saya sambil menghulurkan gula-gula.

Saya ingatkan semalam dia sekadar bergurau. Rupa-rupanya, 9 Februari memang hari jadi Shatish.

Shatish, pelajar lelaki berbangsa India yang sangat menghormati guru. Dia selalu membantu saya: mengangkat barang, menulis di papan putih, dll. Hari ini, sempena hari jadinya, dia menghadiahkan gula-gula kepada saya dan beberapa guru lain.

Saya terharu dan terasa hendak menitiskan airmata. Semasa dia mengagihkan gula-gula tersebut, airmata saya bergenang. Saya lihat di plastik gula-gula tersebut tertera harga gula-gula. Tidak seberapa. Tetapi cukup untuk menggambarkan keikhlasannya.

Walau hanya sebiji gula-gula, tetapi nilainya sangat bermakna. Sungguh, saya sebak dan terharu!

Dia tersenyum. Gembira. Di hari lahirnya dia dapat berkongsi kegembiraan dengan yang lain walaupun hanya dengan sebiji gula-gula.

Terima kasih, Shatish. Cikgu bangga mempunyai pelajar seperti kamu.

No comments: