Monday, February 8, 2010

Tugasan ++

Emak menghubungi saya. Meminta agar saya membantu adik menyiapkan tugasan yang diberi gurunya. Saya pening seketika. Bukan tidak mahu menolong si adik, tapi saya sendiri dihambat dengan pelbagai tugasan yang menimbun.

Mahu sahaja saya menolak. Tapi, tak boleh. Cuma mengiakan dan berjanji akan menolong menyiapkan tugasan adik. Walaupun sebenarnya saya sangat sibuk dengan kerja-kerja yang banyak tertangguh.

Saya jarang sekali menolak permintaan mak. Tak sampai hati. Saya tahu, arahan mak wajib diikuti. Menjaga hati mak lebih utama berbanding yang lain.

Makanya, saya akan berperang dalam 2,3 hari ini. Menyiapkan kerja-kerja tertangguh dan membantu menyiapkan tugasan adik. Pandai pulak dia ni suruh mak yang tolong cakapkan pada saya. Mesti dia tak sanggup mendengar leteran saya. : )

*Manja sungguh si adik. Kerja sekolah pun kakak kena buatkan. Masa sekolah dulu, saya pun tak semanja ni. Huh!(Membebel sendiri...)

2 comments:

Anonymous said...

so sweet family... :)

Miss Bieb said...

Haha..Thanks! ^_^