Monday, August 9, 2010

Amarah yang marah

Syaitan bergayutan di telinga
Membisik nada-nada amarah
Menabur racun buat gundah
Dan aku, antara sedar dan terima,
antara terpaksa dan rela
Terkadang tunduk mengiyakan bisikan syaitan amarah.

Ingin sahaja aku bogelkan rasa
Biar dunia tahu, betapa lelah dan derita
Menyimpan sebuah amarah
Menghadam sebuah gundah
Pada rasa yang gelisah.

Kau tersenyum dan aku lara
Dalam ruang yang kau cipta dan kurung aku bersamanya
Syaitan ini teman
Tidak salah; sekurangnya untuk sekali ini
Menemani tatkala kau hilang
Kau selalu begitu; Biar aku terawang
Biar aku terdidik dalam hidupmu yang lompang.

Aku mahu berpaling
Memandang mu juga tidak
Walau hanya dalam mimpi; aku tetap mahu lari!
Walau hanya dalam mimpi; aku tetap mahu pergi!
Amarah ini tak tertanggung
Amarah yang marah; kerana kamu.

No comments: