Friday, August 6, 2010

Rasa yang dirasa

Aku kehilangan kata, untuk beberapa ketika. Aku tidak tahu harus bagaimana, meluah segala yang ku rasa. Tentang kamu yang selalu membuat ku keliru.

Apa rasa mu, pada cinta yang ku beri? Kau diam. Dan membiar aku bermain teka-teki. Meneka isi hati mu yang entah kan bila mahu mengerti, tentang hati dan naluri, seorang wanita seperti aku.

Sudah sekian lama aku membina sabar, dan menganyam sejuta tabah. Namun yang kau beri hanya air mata. Dan sesekali dicemari dengan duka dan luka. Salah kah aku, meletak cinta pada jiwa yang kau punya? Ataukah maksud mu ku harus lupa dan pergi sahaja?

Sesekali aku mahu kau tahu, rasa yang ku rasa. Sesekali aku mahu tahu, rasa yang kau rasa. Atau, biarkan aku pergi sahaja. Jauh. Dari kamu. Itu maksud mu?

No comments: