Sunday, August 15, 2010

Telanjangkan sahaja

Kita perlu bertelanjang
Kita perlu membuka semuanya
Jangan biar ada satu yang tinggal
Telanjangkan sahaja, jangan berpura
Jangan menahan apa yang kau rasa

Biarkan sahaja kita bertelanjang
Mengapa mahu menutup semua?
Kau tahu, dan aku juga

Ya! Lucutkan sahaja
Setiap yang tersisa
Menyimpan juga tidak berguna
Maka, lucutkan lah
Telanjangkan semua!
Jangan disimpan apa-apa
Sudah tiba masa, kita bertelanjang; dengan sesungguhnya
Membuka satu demi satu
Yang menutup dan menghalang indah pandang.

Lucutkan ego mu!
Buangkan kejahilan mu!
Telanjangkan segalanya
Tanpa ada sisa nista yang membaluti indahnya diri mu
Kerana kita tercipta sempurna
Kejarlah cahaya, usah dikenang kelam yang suram.

No comments: