Sunday, February 27, 2011

OMG! Dah kurus?!

"Gemuk? Yekkkk!!!"
"Lemak tiga empat lapis, ada hati nak pakai baju saiz S."
"Apesal kau gemuk sangat ek? Kau makan apa? Ish...ish..ish..."
"Wei, hang tu dah gemuk. Diet la weiii..."
"Sayang, you dah gemuk la. Kang baju nikah kita sayang tak muat plak nak pakai..."
"I nak tinggalkan you. I dah ada pengganti you. Dia lebih kurus dan menawan."

Adehhh...Ramai orang takut gemuk kan? Kan?

Ok. Saya nak bagi petua cara untuk kuruskan badan. Petua ni dah terbukti berkesan. Jap. Jap. Don't get me wrong. Bukan saya yang apply cara ni. Sepupu saya. Dia ni kategori tak tinggi. Lebih kurang 145++ je. So, dengan berat hampir 60kg memang nampak tak berapa nak lawa la (oppsss...sorryyy...). So, dia pun try macam-macam untuk kuruskan badan. Makan pil, diet bagai nak rak, jogging, macam-macamlah. Tapi still tak berkesan. Badan macam tu jugak.

Satu hari, saya terkejut giler tengok badan dia. Mak aihhh!!!Kurus! Macam badan saya! Oppsss bukan nak puji diri sendiri lah. Saya memang kategori kurus dan comel (bahahaha..perasan jap..). Berat badan sepupu saya tu sekarang ni, lebih kurang 45kg. Bayangkannnn!!! Daripada -+60kg to -+45kg. Kau mampu?! Hikhik...

Ok. Ok. Tak payah bebel panjang. Ni petua dia, kalau nak kurus, minum teh O panas atau suam. Setiap hari. Ingat yerrr! Setiap hari. Ambil teh O masa sarapan, minum petang dan minum malam. Sepupu saya ni setiap hari tu je minuman dia. Teh O, teh O, teh O...Mula-mula saya pun pelik, kenapa lah dia ni tak jemu minum teh O. Rupanya tu rahsia dia kuruskan badan. Ingat, bukan teh O ais tau! Teh O panas atau suam je! *Ais pun penyumbang kepada gemuk. :P

Lagi satu, nasi tu korang pandai-pandai la bajet ek. Jangan la banyak sangat. Agak-agak lah. Nama pun nak kurus kan. Lawan sikit nafsu makan tu. Sepupu saya makan nasi sekali je sehari. Waktu bila tak kisah. Asalkan jangan waktu malam. Malam dan nasi ibarat mengundang lemak seguni. Cehhh...haha... Try elakkan ya!!! Since korang dah makan nasi sekali je sehari, waktu-waktu lain tu korang ganti la dengan roti. Eh, tapi ingat kena pandai bajet kuantiti yerr. Pemakanan sepupu saya tu simple je. Dan dia xdelah diet gila-gila sampai pitam tak makan. Adehh..Cara tu tak berkesan pun. So, jangan tinggal makan plak! Makan tu penting!

Nak petua lain? Errmmm...korang try cara ni dulu la. Dan pastikan korang konsisten, jangan skip2 plak. Ok! Selamat mencuba! ^_^

4 comments:

Anonymous said...

teh jenis apa ya =)

Miss Bieb said...

Teh biasa saja. Yang sering diminum/dijual di restoran. Bezanya, kalau mahu kurus, tak perlu campur gula. Minum begitu sahaja. Panas atau suam.

Anonymous said...

Bgi sya brkesan. 3 thn bljr, 3 thn lh minum teh o. Minuman bajet tpi time tu xtahu pulk teh o petua kurus. 1 hari 2 jag. Mkn pulk, sya sntiasa mkn je jdi bila time mkn, xmkn bnyk sb dh bnyk mkn snack.

Anonymous said...

Slh taip. 1 hari 1 jag