Monday, February 28, 2011

Semalam yang hiba

Seperti semalam
Aku duduk diam
Merenung alam
Tersandar di daerah kelam
Sendiri dan suram.

Aku mahu keluar
Biar terheret tubuh kasar
Bosan ini terasa menampar
Seluruh jiwa emosi tersasar

Semalam yang hiba
Pergi kau segera
Aku mahu lupa
Pada jalanan duka
Aku bosan melayan cerita
Tentang semalam yang hiba.

2 comments:

jumapx said...

salam.
lama xmelawat blog ni...
tetap sama...
setia dgn ayat-ayat yang indah...

Miss Bieb said...

Wsalam.
Terima kasih daun keladi, di lain hari lawatlah lagi. Hihi.. :)
Thanks ya!