Tuesday, March 1, 2011

Langit yang sama

Latar cerita sedikit berubah
Dulu berbeza jauhnya nyata
Kini berkongsi langit yang sama
Terpisah cuma jarak mata
Walau kau ada di sebelah sana

Apa yang perlu aku rasa
Menggambar rasa suka
Atau terpalit sedikit duka
Kerana sungguhpun dekat di sana
Dan langit sudah dikongsi bersama
Namun jauh masih terasa

Sejauh ini kita mencuba
Membina kisah di langit sama
Moga cerita terus berkisah
Walau dengan plot berbeza
Namun cerita yang indah-indah!

No comments: