Thursday, May 12, 2011

Dia datang semula

Dia datang semula
Bawa cerita lama

Dengan cerita lama
Dia suburkan rasa
Sedang dulu pernah gelora
Manis janji menyusun kata

Dengan manis janjinya
Dia mahu beri semua
Jiwa, harta atau apa sahaja
Demi kasih didamba

Dengan kasih didamba
Dia tanam rasa percaya
Agar bertaut semula
Mahu erat dari yang lama

Dia datang dengan berbeza
Dengan yakin bina cerita
Lebih indah dari yang lama
...Dia datang semula.

2 comments:

Siti Mas Hidayu said...

best ^^

Miss Bieb said...

Siti Mas Hidayu > Thanks,dear! ;)