Friday, May 27, 2011

Tidur! Tidur!

Walaupun saya pelajar yang baik, (*ceh ayat bongkak! :P ) tapi saya juga pernah tidur di dalam kelas. Sejak sekolah rendah sampailah di universiti. Yang peliknya, walaupun saya mengantuk di dalam kelas, tetapi apabila balik ke rumah, semua rasa mengantuk hilang! Misteri nusantara betullah!

Di sekolah, saya tidur menyorok sedikit. Takut cikgu marah. Lagi-lagi kalau masa tu cikgu yang garang-garang masuk mengajar. Haruslah gunakan buku untuk menutup pandangan cikgu supaya saya dapat tidur dengan lena!

Gunakan buku tu tektik yang ramai orang guna. Bukak buku luas-luas, lepas tu letak atas meja, kemudian letak muka di hadapan buku, pejam mata, dannnn krohhhhhhhh....tidurlah dengan aman. ^_~

Tektik lain yang saya gunakan? Tektik lakonan. "Kenapa Habibah tu? Tu tengah menangis ka tidur? Kenapa tunduk macam tu?" Awal-awal lagi saya dah ingatkan pada kawan-kawan, "kalau cikgu tanya, bagitau cikgu aku sakit tau!" Dan kawan-kawan saya memang 'mendengar kata'. "Habibah sakit, cikgu. Pening. Kesian dia, cikgu." Memang terbaiklah kawan-kawan macam ni. Tukang cover kenakalan kawan-kawan. Lain hari, kalau sesiapa nak tidur, saya pula tukang covernya. Timbal balik! Bijak! Bijak!

Pernah satu hari saya mengantuk sangat. Am, kawan baik saya pun sama. Disebabkan saya ni murid yang baik, bersopan santun serta berbudi pekerti mulia (Sila jangan muntah! Muehehe...) saya terus angkat tangan dan bagitahu cikgu, "Cikgu, kami mengantuk. Nak mintak izin cikgu. Kami nak tidur." Dan Cikgu Samsudin benarkan! Yippie!!! Maka, tidurlah kami selama 2 waktu PnP iaitu bersamaan dengan sejam! Puas hati gila! *Masa ni tingkatan enam okey! ENAM. Tapi perangai tak boleh blah! :P

Di sekolah, masalah mengantuk saya agak terkawal. Tapi di universiti, masalah mengantuk ni sangat kronik. Saya selalu mengantuk tak kira masa! Pensyarah bercakap di depan, saya terangguk-angguk di belakang. Bukan sebab faham, tapi sebab tahan mengantuk. Semasa kuliah Tuan Haji Ahmad Khir sahaja saya tak berani tidur. Sesiapa yang tidur atau bercakap-cakap, terus sahaja dihalau keluar dari dewan kuliah. Malu!!! Kawan saya pernah menyorok tidur di atas lantai dewan kuliah semata-mata bimbang dimarahi oleh Tuan Haji. Kawan saya tu perempuan ok! Inilah penangan mengantuk dalam kelas, takda kontrol-kontrol! Semua tolak tepi, lantaklah budak laki nak cakap apa, janji dapat tidurrrrr. :D

Selain kelas Tuan Haji, kelas-kelas lain saya berani bantai tidur. Letak tangan atas meja, buku atas riba, dannn tidur! Fuhhh! Nikmat! *Murid-murid, jangan tiru aksi ini! :P

Motif entri ni? Jam sudah menunjukkan pukul 4.21 pagi, dan saya masih belum mengantuk! Huh! Tak sukaaa!!!

Inilah kawan-kawan teman semengantuk semasa kuliah! Tengok mata pun dah tau dah. Semua kaki tidur. Haha.. ^_^

*Masalah 'kelawar malam' sejak zaman sekolah.

4 comments:

F.Aminurrashidd said...

errr.. kelas Tuan Haji Md Khir? saya selalu je tongkat dagu, dan tidur.. hahahaha.. kadang-kadang sampai tersengguk-sengguk..

dia nampak pun tak sampai hati nak halau.. sebab kelas Morfologi dibuat pada waktu petang, panas terik.. di TU pulak tu.. hehehehehe..

Miss Bieb said...

Lorrr...yeke? Tak aci! Tak aci! Hahaha.. Kitorg dlu xblh tdr lgsg dalm kelas Tuan Haji. Dah berapa orang kena halau keluar. Mungkin sebab kelas kitorg awal pagi kot. Pukul 8pagi. Terpaksa buat mcm2 cara utk bg tak mengantuk, termasuklah cubit diri sendiri. Adesss...Sadis! Haha.. :P

Cikgu Waniey said...

Salam..
Kak bieb & abg fawiz...
saya TERtido jugak setiap kali kelas tuan haji....kelas kol 5-6 ptg kat DKK.....duduk tengah2 mmg setentang ngn tuan haji....malu pon ada...tapi dia x pernah tegur....jadi setiap mggu pasti TERlena...

Miss Bieb said...

Waniey > Aiyooo...Tak aci la mcm ni...Ms zaman akak, Tuan Haji tak bg kitorg tdo tau! Sampai pening kpla duk dengar kuliah 2,3 jam tanpa henti. Semua org xleh tdo...takutttt! Jeles la ngan korg blh tdo dgn aman ms kelas Tuan Haji. Huk3! :P