Thursday, June 2, 2011

Saya sensitif?

Saya kira semua wanita pasti mempunyai sifat sensitif. Bezanya cuma tahap sensitif itu, sedikit atau banyak.

Saya wanita sensitif. Ini fakta. Pantang sahaja hati saya terusik, pasti mata berkaca, menahan tangis. Sehinggakan Encik gelarkan saya ini Budak Kecik. Owh, tak kesah pun. Kadang-kadang rasa sweet jugak jadi kecik. ;P

Bila mak saya marah, muncung saya naik 3,4 inci, bolehlah buat sangkut baju! Bila ayah marah, terus lari masuk bilik, sambil mata berair. Bila atok kesayangan saya marah, terus tarik hingus tanda sedih. Bila Encik marah, saya tahan airmata keluar sambil cakap dalam hati, 'sampai hati Encik marah aku...apa salah aku! Ini tidak adil, tidak adil, bagiku!!!' Eh, macam lagu Yuna pulak. Cesss! (-_-')

Saya bukan anak manja. Bukan! Bukan! Lantaklah orang nak cakap macam tu, tapi saya tetap yakin semua tu berlaku kerana tahap sensitif yang agak tinggi.

Saya pernah menangis terserempak dengan budak lelaki berumur lingkungan 12tahun yang menjadi pengemis menemani ibunya dan seorang budak lelaki yang lain sibuk melakukan kerja demi mencari rezeki. Arghhh!!!Kenapalah masih ada anak-anak yang terpaksa bersusah payah dalam usia semuda itu! Saat itu saya tak terdaya membantu, hanya melihat dengan airmata bertakung. Sungguh hati saya terusik. ;'(

Bila saya rasa serabut gila, saya telefon mak sambil menangis. Kadang-kadang saya cuba tahan jugak airmata. Sebab nak berlagak dewasa. (*_*)

Hmm...Kenapa wanita sangat sensitif? Kerana fitrahnya wanita ini dicipta penuh dengan kelembutan. Sifatnya yang lemah membuatkan wanita mudah juga menitiskan airmata. Kalau ada sesiapa yang mendakwa dirinya kuat, ya, teruskan percaya diri, walau apapun saya tetap mengaku saya wanita lemah yang mudah mengalir airmatanya!

Kadang-kadang, apabila dengan teman lelaki, mudah sahaja wanita merajuk,kan? Dia buat ini merajuk, dia cakap itu merajuk, dia macam ni merajuk. Macam-macamlah! Kalau dapat teman lelaki yang kurang sabar, memang azab la...Wanita memang sensitif! Nak buat macam mana?! (><")

"Sampai hati Abang, birthday Sayang pun Abang lupa."- Ha...kalau dalam situasi macam tu memang patut merajuk. Tapi kalau macam ni, "Abang ni, Sayang nak Aiskrim perisa Vanilla, Abang beli Strawberi! Sayang pesan awal-awal dah tadi! Abang ni memang tak boleh harap! *&^%**T&*$@!" Kalau macam ni pun nak merajuk, memang harus perempuan tu makan pelempang sedas dua! Tolong hormat pasangan anda. Merajuk, gaduh-gaduh manja tu biasa la,kannnn... Tapi jangan sampai tak hormat langsung!

Bila bergaduh dengan pasangan, masa itulah tahap sensitif meningkat dengan mendadak. Bila otak serabut, masa itulah segala hormon sensitif dirembeskan. Bila keadaan tertekan, masa itulah kadangkala kita kehilangan kewarasan dan pertimbangan.

Sensitif ni adakalanya sangat baik. Adakalanya agak menyusahkan. Kannn... Semoga dapat mengawal sifat ini.

Tengok ni muka orang sensitif! :P

*Kalaulah ada ubat hilangkan rasa sensitif yang berlebih-lebihan...

No comments: