Friday, June 3, 2011

Apakah? Kenapakah? Mengapakah? Bilakah? Bagaimanakah? Di manakah? Siapakah? Berapakah? Kah..? Kah..? Kah..?

"Please la. Jangan tanya soalan sama 12juta kali. Please! Mood baru nak ok ni. Thanks! ^_^"

Ini status Facebook yang saya tulis semalam. Kemudian kawan saya tegur, "Mustahillah sampai 12 juta kali..." Haha...Itu hiperbola saya lah, kawan! Menandakan saya sangat penat jawab soalan sama berulang-ulang kali. Apatah lagi jika berkaitan soalan remeh temeh yang tak penting pun. Bukan bermaksud saya sombong, tapi saya agak penat nak menjawabnya. Berulang-ulang. Apatah lagi jika ketika itu mood sedang tidak stabil. Aduhhh.. (-_-")

Dalam 41 mesej yang saya terima ni, ada beberapa soalan yang berulang yang ditanya oleh individu yang sama mahupun yang berbeza.

Semua orang mesti rimas apabila ditanya soalan yang sama berulang kali, terutama jika yang bertanya itu adalah individu yang sama. Rasa macam nak tanya dia balik, "Awak ni lulus tak BM masa sekolah dulu?"

Itu satu hal. Satu hal lagi, bila orang yang banyakkkkkkkkkk tanya. Saya tahulah saya ambil kursus perguruan, cikgu, tapi janganlah tanya soalan sama macam pelajar saya dulu. Kalau pelajar saya bertanya macam-macam sebab nak belajar, saya tak kesah. Tapi rimas bila orang yang banyak bertanya ni bukan pelajar saya dan tanya soalan merepek atau soalan remeh temeh. Ada jugaklah seorang dua yang saya tembak dengan ayat ni, "Awak ni polis ke? Banyak sangat soalan, macam polis." Haaaa...Bila saya keluarkan ayat macam tu, tolonglah faham tu bermaksud mood masa tu tidak sesuai untuk ditanya dengan macam-macam soalan remeh temeh. Nasib baik orang-orang ni tak tanya 'awak dah berak ke?'...kalau tanya jugak, harus kena bom! :P

Saya percaya semua orang pun pasti tak suka dengan situasi sebegitu kan? Semoga dapat dielakkan ya! ^_^

Pengajarannya, tak salah kalau nak bertanya. Tapi elakkanlah tanya soalan sama berulang kali. Dan elakkan soalan remeh temeh. Juga elakkan soalan yang boleh mengganggu emosi orang lain. Kalau boleh, jangan tanya lebih-lebih apabila mood orang tu tak ok. Bila kita amalkan macam ni, bermaksud kita menghormati orang lain dan cuba menjadi kawan yang baik. Kan...kan...kan...

Indahnya dunia bila kita saling cuba memahami dan menghormati. ^_^

*Mesej-mesej merepek, merapu, meraban confirm I delete. Hope kita semua try elakkan send mesej merepek pd org lain yer...Peace! :)

6 comments:

Kulat said...

hahah.. ramai betol minat kak bieb. hahah..

Miss Bieb Juddin said...

Kulat > Amboiii..gelak sakan yerr..haha..xkesah pun sesapa nk btnya, tp kdg2 tak kena masa@mood, ms tu kalau tnya soalan remeh temeh, mmg rs mcm nk makan org je!Hahaha.. ^_^

~HAty bentuk CHenta~ said...

..wooow..dorg mesej ape je 2?huhu..bieb da jd hijauuuu bile mrh...larik..haha

Miss Bieb Juddin said...

Misah cyg, mcm2 ada..haha..Mmg pn bl mrh aku jd hijau mcm incredible hulk..muahahahaha... :D

Anonymous said...

but k.bieb..kekdg soklan2 mcm 2 penting gak..tp.....kne la tgk pd relationship 2 cmne n pd individu 2 sendri..setgh org de yg xkesh tau sebb die rse diri die d'hargai ble org ambek berat kt die..tanye dh mkn ke,shat ke,pki bj wane pe,td minm kne bpe engget..hehe..

Miss Bieb Juddin said...

Anonymous > Hahaha..lawak la..minum kne bp engget pun nk tnye ek...hahaha..ye kot...bergantung pd individu tu kan..cuma rs tak selesa kalau org yg kita baru kenal, tak kenal atau juz kwb biasa tp nk tau smpai hal2 peribadi..rs pelik pun ada. ><