Wednesday, June 8, 2011

Sindrom kahwin ikut-ikutan

Sana kahwin. Sini kahwin. Sana tunang. Sini tunang. Semuaaaaaaaaa mahu kahwin. Semuaaaaa mahu tunang.

Beberapa minggu ini sahaja, lebih 10 jemputan perkahwinan yang saya terima. Dari utara sampai ke selatan. Sampailah ke Sabah Sarawak. Semua mahu kahwin-kahwin-kahwin. Atau tunang-tunang-tunang.

Otak saya ligat juga berfikir, kenapa ramaiiiiii tunang-kahwin ni????? Tarikh dekat-dekat pulak tu. Selain faktor cuti sekolah, mungkin ada faktor yang lain.

Ya. Jodoh. Sampai seru. Saya tahu. Itu takdirrrrrrrr...

Cuma peliknya apabila wujud keadaan kahwinsebaboranglainramaidahkahwin atau tunangsebaboranglainpuntunang. Pendek kata sindrom orangbuatakubuatjugak.

Bila tengok orang lain tunang, mula la runsing kita tak bertunang lagi. Bila tengok orang lain dah berdua, mula kalut nak cari pasangan secepat mungkin. Sabar. Jangan diikut hati gelojoh tu. Bimbang tersilap perhitungan.

Kenapa risau bila kita tak bertunang atau berkahwin lagi cuma disebabkan kawan-kawan yang lain sudah bertunang atau berkahwin? Bimbang dicop 'tak laku'? Atau tak sabar mahu rasa title baru? Tapi umur masih kategori muda kan? Ala, baru 25, ok la tu. Belum 28 pun. :P

Saya terfikir perkara ini setelah melihat seolah wujud satu trend kita mesti buat apa yang orang lain buat. Maka akan wujud kebarangkalian keadaan tangkap muat hanya disebabkan keinginan kita yang membuak-buak itu.

"Weh, si Jenab dah kahwin. Tak boleh jadi ni. Kita tak kahwin lagi. Tunang pun belum."

"Ha!!! Yeke?! Aku pun nak kahwin la macam ni. Takda-takda aku nak paksa boyfriend aku masuk meminang hujung bulan ni jugak! Apa nak jadi, jadilah!"

"Aku pun sama. Aku nak bertunang dengan si Meon tu. Lantaklah. Hantaran satu dulang pun takpa. Buat pinjaman kat Bank Harimau Oren pun takpa. Janji buat majlis tunang kena grand! Nak pakai baju liplapliplap jugakkk"

"Haaaaaa???!!!!Korang semua nak kahwin, nak tunang, habis tu aku macam mana? Boyfriend pun takda lagi. Hmmmm...takpalah. Aku terima je lah cinta si Badol tu. Nak buat macam mana. Janji dapat tunang jugak."


Tengokkkk...Cuma sebab orang lain tunang atau kahwin, kita pun mahu lakukan perkara sama secepat mungkin. Atau kita tak sabar mahu dapat title baru. Puan Jenab! Fuhhh, baru boleh berlagak! Aku dah ada suami, kau ada?! (-_-")

Sabar ya. Jangan risau walaupun tak kahwin/tunang lagi. Masanya akan tiba! Bawakkan bersabar, tunggu turn masing-masing ya! Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kahwin buruk padahnya (peribahasa baru...muehehehe..). Saya pun belum bertunang/berkahwin lagi, rilek je! Bukan nak perlekeh sesiapa, tapi just nak cakap, bawakkan bersabar. Jangan tergopoh-gapah cuma disebabkan perkara-perkara yang tak sepatutnya. ^_^

8 comments:

ahmad syafiq said...

btul2.. tak pyh nak terlalu mengikut orng.. rilex je.. hehe.. smpai peribahasa baru pun terkluar.. huhu..

Miss Bieb Juddin said...

Ahmad Syafiq > Haha..peribahasa sesukahati. :D

Kahwin/tunang mmg perkara baik. Jangan dilambat-lambatkan dan jangan juga tergopoh-gapah. ^_^

Anonymous said...

urm..situasi ni la yg wat gf sy nk break ngn sy..mne de couple yg xnk kawen..kn?seboleh2 nk soh sy tranfer kL immidiely pas 2 2nang..klu lmbt die nk pts...sggp ckp cm 2 sebb dh de yg menunggu..urm...

Miss Bieb Juddin said...

Anonymous > Awak try la bincang dgn dia elok2. Mungkin dia bimbang dengan perhubungan jarak jauh. So, awak kena la yakinkan dia yg awak setia dan tetap sygkan dia. Di samping tu berusahalah untuk membawa perhubungan awak dan kekasih awak ke arah yg lbh serius. Cth ikat tali pertunangan,dll. Apapun, semoga perhubungan korg berkekalan. ^_^

aksara said...

salam. awak sgt cantik.

Miss Bieb Juddin said...

Aksara > Wsalam. Terima kasih,awk. ^_^

Anonymous said...

arini sy kecik ati lg..
Dia:pe sy nk wat wekend ni?xkn nk dok umh je?last week dok umh..xkn dis week pn nk dok umh..boring la..
Sy:try la wat bende2 yg leh ilangkn boring kt umh 2..blaja masak ke..kems2 umh smpi b'kilat ke..
Die:jgn pakse sy wat bende yg sy xsuke..
Sy:abeh awk suke pe?
Die:sy suke jln2 tp xkn sy nk jln sorg2..awk jauh..keje plak 2..
Sy:jgnla jln sorg2..bahye..
Die:ngn awk ni smue xboleh...
Sy:abes?ngn sape yg boleh?
Die:nk sy ckp ke?
Sy:ckp la....
Die:si polan(exbf)
sy:maapkn kekurangn sy...
Tamat.......

Miss Bieb Juddin said...

Anonymous > Awak janganlah ambik hati sangat. Mungkin gf awk x sngja kot. Dia mungkin tengah emo sebab tak dapat jumpa awak ataupun dia boring sangat atau mungkin jugak hormon tengah tak stabil. Try maafkan je. Pastu nasihat dia elok2. Mesti dia lembut hati gak nnti. Jgn sedih2 yerrr. ^_^