Monday, June 6, 2011

Perigi cari timba yang sudah berpunya?

"Bagaimana nak memikat lelaki yang sudah berpunya"

Ini antara kata carian yang digunakan oleh salah seorang pengunjung blog saya. Tahu kan macam mana nak tengok kata carian ni semua? Tengok statistik trafik blog.

Well, itu bukan isunya. Saya bukan nak tahu tentang trafik blog ini. Cuma pelik sangat bila ada orang yang cari tips 'hampeh' macam ni. Kenapa nak kacau suami atau teman lelaki orang lain? Dah tak laku sangat? Ish! Bab goda-menggoda ni memang saya sedikit emosional!

Cuba bayangkan kalau awak di tempat wanita tu, orang lain goda suami atau teman lelaki awak, awak marah tak? Mestilah marah kan? Habis tu, yang awak sibuk pergi cari tips nak menggoda suami/teman lelaki orang tu kenapa? (Awak ni merujuk kepada si pencari tips itu.) Hei awak, tak baik tau ada niat tak elok macam tu. (Ahhhh...sudah!...saya teremosi pulak!)

Tak patutlah kacau kebahagiaan atau hubungan orang lain. Kalau kita tak daya nak menyenangkan orang, jangan pulak menyusahkan orang tu. Jadi, janganlah kacau suami atau teman lelaki orang lain. Saya pernah jumpa golongan macam ni, memang mengguris hati wanita. Mahu saja saya tegur begini, "Awak, kenapa gedik sangat dengan lelaki?". Mana tak nya, siap panggil teman lelaki orang lain 'sayang', ketawa bertepuk tampar, meliuk lentok depan suami/teman lelaki orang, ajak keluar minta ditemani, eishhhhh... Perigi cari timba takpa. Tak salah. Tapi yang salahnya kalau perigi cari timba yang dah berpunya! Itu lebih teruk dari perigi buta, tahu?

Saya tidak pernah menyalahkan takdir tentang pertemuan dan jodoh, andai sudah tertulis seseorang itu dijodohkan dengan orang yang sudah berpunya, atau ditakdirkan menjadi isteri kepada kekasih orang lain. Kerana siapalah kita untuk menolak atau menidakkan takdir. Tapi itu takdir. Berbeza dengan niat tak baik iaitu SENGAJA mahu memikat suami/teman lelaki orang lain. Pengajarannya? Fikirlah sendiri.

*Saya memang emosional bab ni. Tak perlu teka kenapa. Saya tahu perasaan sedihnya bagaimana.

8 comments:

Anak Teruna said...

betul, org bahagia kita pun bahagia..

Jer ... said...

lah , nape nak traps yang dah berpunye . pelik pelik la .huhu

Miss Bieb Juddin said...

Anak Teruna > Sangat betul. Sepatutnya kita saling mendoakan kebahagiaan masing-masing. Bukan merampas kebahagiaan orang lain.

Miss Bieb Juddin said...

Jer > Bukan setakat pelik tapi jugak jelik. Perangai jelik orang yang sanggup menggoda teman lelaki/suami orang lain. Sanggup membina kebahagiaan atas derita orang lain. (-_-')

Siti Mas Hidayu said...

saya sokong kamu...^^

Miss Bieb Juddin said...

Siti Mas Hidayu > Thanks,dear! ^_^

nurwahida nafi said...

saya pn pernah tersuka pd yg dah berpunya, mmg x dpt nk control perasaan tu tp sy fikir biarlah dia dgn sape pn janji dia bhagia dah la, doakan yg terbaik untuknya: itulah tanda insan yg faham bhsa

Miss Bieb said...

Kita pasti terluka jika pasangan kita dirampas oleh orang lain. Begitu juga wanita-wanita lain. Jadi, lebih baik kita elakkan daripada merampas hak orang lain, bimbang andai kelak kebahagiaan kita juga dirampas sepertimana kita merampas kebahagiaan orang lain. Sama-sama musahasabah. Mudah-mudahan kita semua beroleh bahagia. :)