Monday, July 18, 2011

Mudah

Ambil mudah, mudah lupa, mudah marah, mudah-mudahan, urusan mudah, bla bla bla mudah.

Kenapa saya lambakkan perkataan mudah? Kerana sejak beberapa minggu ini, perkataan mudah ini berlegar di ruang fikiran.

Mudah 1: Mudah sahaja saya cuba berjanji menulis blog sekerap mungkin, dan mudah juga saya membiarkan blog ini bersawang. Sebenarnya tidaklah semudah mana. Setiap kali menjenguk blog, terasa meluap-luap nafsu untuk menulis sesuatu di blog ini. Tapi alasan klise; sibuk dan penat. Banyak benda perlu disettlekan lebih-lebih lagi apabila baru melangkah ke alam pekerjaan.
Iklan (hehe..) : Antara maskot rumah2 sukan semasa hari sukan sekolah. Cute je dorg ni! ^_^
Mudah 2: Saya teringat seorang kawan yang dahulunya susah senangnya saya setia bersama menemani. Tapi kini, kawan itu sudah berubah, totally (maybe). Berubah menjadi lebih baik atau sebaliknya? Dia tahu jawapannya. Melayu mudah lupa? Mungkin.

Mudah 3: Dalam pada saya geram dengan perangai beberapa pelajar kategori kritikal (yang agak biadap atau sangat pemalas), masih terbit rasa kasihan. Pelik juga apabila mereka mengambil mudah tentang masa depan mereka. Kenakalan, kebiadapan, kemalasan mereka bakal mempengaruhi masa depan mereka, yang mungkin perkara ini tidak mereka sedari.

Mudah 4: Apabila berdepan dengan pelajar kategori kritikal, kadangkala saya mudah marah. Tapi mengenangkan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan keinginan untuk melihat pelajar berjaya, maka saya tahankan rasa marah. Bersabar dan terus bersabar. Saya cikgu yang baik, di samping comel dan penyayang. (ok. sila muntah. hikhik...) :P

Mudah 5: Bertemu dengan rakan-rakan di tempat kerja yang baik-baik belaka, maka saya amat bersyukur. Mudah kerja saya. Walaupun ramai antara kami mempunyai jurang usia yang amat berbeza, tetapi itu tidak menjadi masalah. Sekurang-kurangnya saya selesa di tempat kerja dan boleh membiasakan diri dengan mudah. :)
Apasal semua gambar peace ni??? Yep! Saya duta keamanan sekolah! Bhaha.. :P
Mudah 6: Banyak yang saya harapkan dengan perjalanan kerjaya saya. Mudah-mudahan saya tabah hadapi apapun yang berlaku dan berjiwa besar dalam menjalankan tanggungjawab. Biarlah bertubuh kecil, asalkan berjiwa besar menghadapi segalanya! Yeah! ^_^

22 comments:

nasyrun nasyrun said...

peace.
saya rasa gambar paling atas ialah seekor garuda kan hehe

Miss Bieb Juddin said...

Nasyrun > Tettttt...percubaan yang bagus tetapi jawapannya ialah: burung merak. Hihi.. ^_^

nasyrun nasyrun said...

tipulah. mana bulu2 cantik berwarna-warni kat belakangnya?

Miss Bieb Juddin said...

Nasyrun > Ermm.. Cuba tgk btl2..ada tu.. @_@

nasyrun nasyrun said...

ada bulu kat kaki. tapi kaler biru saja. oh faham dah, bulunya tak kembang lagi ye hehe

Miss Bieb Juddin said...

Nasyrun > Tengok bhgian blkg kepala dia. Ada bulu warna-warni tu. Bulu tu menegak ke atas. Tu yg xnmpk sgt kot. :P

nasyrun nasyrun said...

betullah, baru perasan. sblm ni ingat tiang haha. sikit sangat bulunya, tak cukup zat ke pe burung ni

CIKGU WANIEY said...

Salam kakak...
selalu rindukan tulisan2 kak bieb kat blog nie...walaupun hanya mengenalimu dari kejauhan.....tapi sentiasa dekat di hati...

Miss Bieb Juddin said...

Nasyrun > Burung ni lupa sarapan kot sblm g bersukan. Haha.. :P

Miss Bieb Juddin said...

Cikgu Waniey > So sweet! Thanks,dear! Hrp2 nnti kita dpt jmpa gak bl2.. Take care tau! Cyg Waniey! Hihi.. ^_^

nasyrun nasyrun said...

cikgunya malas bagi makan mmg lah lapar haha

Miss Bieb said...

Nasyrun > Amboi..amboi..amboi.. :P

nasyrun nasyrun said...

hehe
peace!

CIKGU WANIEY said...

InsyaAllah kakak sayang....pape pon, doaku sentiasa mengiringi setiap langkah perjalananmu....semoga saya juga mampu jadi kuat dan hebat mcm kak bieb

Miss Bieb said...

Nasyrun > Haha..Peace jugak!

Miss Bieb said...

Waniey > Thanks,dear! InsyaALLAH Waniey boleh jadi lbh kuat dan hebat! Yeah! ^_^

aksara said...

moga DIA memperMUDAHkan segala urusan. menukarkan kesusahan dan kesulitan menjadi keMUDAHan dan kejayaan. insyaAllah :)

Miss Bieb said...

Aksara > Akhirnyaaaa...hehe..ni rupanya Encik Aksara. Terima kasih atas doa yang indah itu. Semoga dimakbulkan. Semoga perjalanan hidup ini dipermudahkan. ^_^

nasyrun said...

saya akan mengaminkan itu
:)

Miss Bieb said...

Nasyrun > *Terharu. Terima kasih! ^_^

nasyrun said...

yeah! atau dalam melayunya sama2
hehe

Miss Bieb said...

:) :) :)