Thursday, July 7, 2011

Orang baru

Aduhaiii...sangat sibuk kebelakangan ini. Hinggakan blog bersawang dibiar sepi. Ok. Mulai hari ini, saya akan cuba tulis blog sekerap yang mungkin. Hatta cuma beberapa baris. InsyaALLAH. Seperti biasa, menulis itu terapi! ^_^

Situasi 1.

"Siti, nanti nak pergi hospital macam mana?"


"Entahlah, kak. Ni tengah fikir lagi."


"Alahai, susahkan bila tak kahwin lagi. Kalau ada suami atau boyfriend dekat sini, mesti boleh temankan Siti. Carilah boyfriend orang sini."


"Hehe..."

Situasi 2.

"Siti, nanti nak pergi stadium macam mana?"


"Entahlah, kak. Pening gak ni."


"Takpa-takpa. Akak hantar Siti. Akak pun pernah rasa jadi cikgu baru. Biar akak tolong. Ni turn Siti, mana tau nanti turn akak, Siti pulak boleh tolong."

Bersyukur rasa hati. Di daerah ini saya ditemukan dengan ramai orang yang baik hati. Setakat ini, di sekolah ini, sayalah guru yang paling muda. Ecece...bajet muda remaja. :D

Setiap daripada kita pasti pernah merasai pengalaman menjadi 'orang baru'. Tidak kiralah sama ada menjadi orang baru semasa belajar, bekerja, dll. Saya sangat risau apabila memikirkan keadaan menjadi orang baru. Macam manalah nak bawak diri. Bolehkah mereka-mereka menerima diri saya yang kecik dan comel ini??? Ooopppsssss..hihi.. :P

Saya bukanlah orang yang cepat mesra dan huuuhaaahuuuuhaaaa. Saya bukan pencetus perkenalan. Saya sangattttttttt segan apabila menjadi 'orang baru'.

Tapi, bila dah kenal dan serasi, jangankan berbual, ketawa mengilai pun boleh!!!Muehehe...

Kita janganlah anggap sesiapa orang baru yang datang ke tempat kita tu sombong, kera sumbang atau apa sahaja sikap yang tak elok. Mungkin mereka malu, segan atau kekok dengan suasana yang baru. So, sebagai orang yang lebih senior atau lebih lama, tolonglah memahami dan jangan sombong. Jangan pandang rendah pada junior atau orang baru. Kita semua pernah bermula dengan kosong. Tak tahu apa-apa. Dan kita mula mengutip pengalaman demi pengalaman serta mencari keserasian dengan suasana sekeliling.

Perjalanan yang masih panjang...
Satu hari nanti, bila kita dah jadi 'otai' jangan sombong pada orang baru ya! Jangan memberi persepsi negatif kepada orang baru. Kita pun pernah jadi orang baru, so, sebagai 'otai' bantulah orang baru menyesuaikan diri dengan suasana sekeliling yang baru. Dunia ini indah bila kita saling menghormati, memahami dan saling membantu! ^_^

12 comments:

Anonymous said...

kak, dalam gambar ni nampak berisi sikit. hehe.

. said...

banyak kelebihan jadi orang baru.tambah yang cantik-cantik.hehe.

Fawiz Bakri said...

sangat betul, lama-lama nanti biasalah tu. Selamat mengajar ya Akak :)

Miss Bieb said...

FiraHassan > Betul ke? OMG! OMG! Hahaha..hrp2 akak dpt naikkan sikit berat bdn ni.. ^_^

Miss Bieb said...

Nizamsani > Haha..tapi yg geramnya bila berdepan dgn student yang over nakal. Mintak no fon bagai..aiyooo..

Miss Bieb said...

Fawiz > Yep! Hrp2 dpt biasakan diri kt sini. Tq, Fawiz! *Bersedialah melangkah ke dunia cikgu ya! Tak lama lagi tuuu..hihi..

Amir Batrisya~ said...

-Selamat menjadi cikgu sejati! ^^

Miss Bieb said...

Amir > Terima kasih! ^_^

aksara said...

jaga diri baik-baik kat tmpt org ya :)

andai sesekali muka mendongak ke langit tinggi, jangan pernah lupa kaki masih berpijak di bumi.

*ayat penutup itu sangat menarik :)

Miss Bieb said...

Aksara > Terima kasih! :)

*Kalaulah saya tahu siapa awak sebenarnya... ?_? *Hope satu hari nanti, awak bg link blog sekali. Anyway, thanks ya! ^_^

ZaraZueyin said...

sy juga org baru :)

Miss Bieb said...

Zarazueyin > Kita serupaaaa... wahaha.. Semoga tabah menjadi org baru. ^_^