Thursday, October 27, 2011

Cuti dan kerja!

Hari ini sudah masuk hari ke-6 cuti Deepavali. Cuti tapi terpaksa melunaskan kerja-kerja yang wajib disiapkan sebelum minggu hadapan. Huh! Benarlah, cuti cikgu memang banyak. Tapi hanya cuti daripada menghadiri sesi persekolahan. Kerja tetap berjalan seperti biasa. Kerja persekolahan yang dibawa ke rumah. Jadi, apa beza cuti dengan berkerja? Bezanya cuma lokasi dan masa bekerja. Kerja yang dilakukan di rumah dan masanya lebih fleksibel, boleh dilakukan sambil menonton TV dll.

Penat jiwa dan raga. Ada lebih kurang 100 skrip jawapan lagi yang perlu disemak. Setakat semalam sudah selesai lebih kurang 105 skrip jawapan. Wahaha. Penattttttttttttttttt.

Ada orang cakap, kerja cikgu lah yang palinggg senang. Kerja senang, cuti banyak, gaji ribu-riban. Kepada golongan sebegini, tolong perhalusi kenyataan anda sebelum mengeluarkan lebih banyak kenyataan yang 'tak matang' sebegitu. Bimbang terserlah sisi 'terlebih pandai' diri sendiri. Tiada kerja yang senang. Cikgu dengan kerja cikgu, yang duduk pejabat dengan kerja pejabat, yang duduk kilang dengan kerja tersendiri, begitu juga dengan pekerjaan yang lain. Jadi, tak perlulah kita saling merendahkan atau menghinakan mana-mana pekerjaan. Kannn...

Muka penat (konon!) Hikhik. :P
Cikgu kah, peguam kah, budak pejabat kah, kerani kah, polis kah, tukang sapu kah, semua sama sahaja. Masing-masing ada bidang tugas dan tanggungjawab yang tersendiri. Tak perlu saling memperlekeh sesiapa. Saling hormat, sudah! (^__^)

4 comments:

ain fathihah fhm said...

betul tu. sebelum p Latihan Mengajar, ain pn ingat kerja cikgu senang. tapi bila dah rasa dan tengok sendiri kesibukan cikgu2 kat sekolah....adoi.

Rawkzell said...

jalan - jalan bace blog orang :D

Miss Bieb said...

Ain Fathihah > Kannn. Ms praktikal pun dh rasa sibuk sgt. Apatah lagi bila Ain dh kerja nanti. Akak pun terkejar2 nk menyudahkan kerja2 ni. Hrp2 dpt selesaikan segera! (^^,)

Miss Bieb said...

Jerr > Terima kasih. Sila datang lagi! Haha. :P