Tuesday, June 14, 2011

Kenangan putus cinta?

Sakit kan bila putus cinta? Terasa seperti dunia menghimpit kanan dan kiri hinggakan nafas sesak, kepala pening, hati tak tenteram, macam-macamlah!

Kita cuba berlagak kuat. Jalan mendongak sambil buat muka konfiden! "Hoi! Hoi! Aku kuatlah! Setakat putus cinta, apa ada hal!"

Saya pernah putus cinta! Eh, eh, ni pesal tiba-tiba cakap pasal putus cinta? Ah! Layan... Tiba-tiba teringat kenangan pahit itu! Rasa macam mahu jerit kuat-kuat, "Hoi! Aku bahagialah even kau takda! Aku hepi dengan life aku! Semua benda aku boleh buat even putus cinta dengan kau! And aku tak heran pun tak jadi gf kau! Aku still boleh dapat macam-macam benda yang aku nak!" Ha, ganas tak kalau saya jerit macam ni depan muka ex-bf saya? Muahaha...Kalau boleh jerit macam tu, saya akan pastikan saya jerit macam ni dekat telinga dia guna pembesar suara! Ok. Jahat sungguh bunyinya.^_~

Saya tak berdendam pun. Dah memang jodoh pertemuan perpisahan tu takdir. So, belajarlah menerima. Tapi dalam pada belajar menerima dan bersabar ni, kadang-kadang kita terbabas jugak kan? Dalam 365 hari, ada jugaklah hari-hari tertentu yang kita akan teringat jugak kenangan cinta lama ni. Kadang-kadang timbul soalan 'bodoh' dalam hati. Contohnya, "Kenapa kitorg clash? Kalau betul dia sayang aku, habis tu kenapa jadi macam tu?" Tapi bila tersedar cepat-cepat yakinkan diri, "Ah! Aku tak perlu ingat dia pun. Aku tak rugi pun tak jadi kekasih dia. Dia yang rugi! Aku comel, bijak, jelita dan segala-galanyalah aku!" Muahaha...Ayat sedapkan hati sendiri. Jangan kutuk ok! :D
Bila jumpa ex-bf, apa patut saya buat? Ejek macam ni, ok gak kannn... :P
Lepas tu cakap macam ni,"Ha tengok bf baru aku lagi hensem! Rambut warna-warni, hidung kaler merah! Kau adaaaa??!" Ok. Kejam. Lupakan... :P
Setakat putus cinta dengan kekasih apalah sangat kan berbanding bercerai dengan suami/isteri. Ada jugak saya kenal beberapa individu yang bercerai-berai ni. Kasihan melihat perkahwinan berakhir dengan perceraian. Memang mereka nampak tabah di luar, tapi di hati siapa yang tahu, kan? So, jangan anggap putus cinta adalah 'neraka dunia' yang paling menyakitkan. Tidak! Tidak! Ada banyak lagi perkara penting yang perlu kita fikirkan! Lupakan cinta lama! Lupakannnnn!!!!! ^o^

*Inilah akibat keboringan. Macam-macam boleh singgah di fikiran! Nyahhh kau cinta lama! (-_-")

8 comments:

Rawkzell said...

nak ejek pun wajib ke wat muke cam tu ? . tergelak je orang tengok . ki3

Miss Bieb said...

Jer > Hahaha...tu muka special edition. Ejek dengan sesungguh hati..haha :D

Cikgu Waniey said...

Salam ziarah kak bieb...

bahagia itu dihati, bahagia ada dalam diri...:-)

Miss Bieb said...

Cikgu Waniey > Thanks, Waniey cyg! Semoga kita semua beroleh kebahagiaan itu! ^_^

Anonymous said...

Perit nye pts cinte...........

Miss Bieb said...

Anonymous > Sangat perit. Tapi tetap perlu terima kenyataan dengan tabah! ^_^

aksara said...

dan DIA akan menggantikan seseorang yang lebih baik dari itu :)

Miss Bieb said...

Aksara > InsyaALLAH. *Ermm, awak, if u dont mind, letak la link blog awk skali. So, bolehlah sy jenguk2 blog awk jugak. Btw, thanks ya! ^_^